
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Kerja Ke Ippm
Kajang, 12 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia...
Kajang, 12 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), di sini, semalam.
Ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan jaringan kolaborasi antara JSJN bersama Jabatan Penjara Malaysia dalam membanteras pengedaran dadah di Malaysia selain perkongsian maklumat mengenai jenayah narkotik.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I), JSJN Bukit Aman, ACP R. Azizan Ibrahim dan Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon ll), JSJN Bukit Aman, ACP Roslan Hj. Yusof.