
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Serius Banteras Jenayah Siber Dan Salah Guna Dadah Kpn
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap langkah-langkah membanteras kegiatan jenayah siber dan penyalahgunaa...
Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perhatian serius terhadap langkah-langkah membanteras kegiatan jenayah siber dan penyalahgunaan dadah dari sekarang dengan mengambil kira perubahan teknologi saban tahun.
“Jadinya kita (PDRM) perlu tahu dan lihat dalam masa lima hingga 10 tahun lagi apakah bentuk dan taktik penjenayah siber serta penyalahgunaan bahan ini. Kita perlu faham daripada sekarang.
“Sekiranya kita tidak mengambil dan melakukan apa-apa langkah pencegahan dari sekarang kita (PDRM) akan ketinggalan.
“Untuk menuju ke arah situasi baharu ini, PDRM perlu bergerak ke arah modus jenayah siber dan narkotik. Jenayah narkotik ini juga banyak merugikan kerajaan," katanya pada Program PDRM Special Dialogue 2024 di Maktab PDRM, di sini semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.