
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Pulau Pinang
Lawatan tersebut dimulakan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Khaw Kok Chin seterusnya mengadakan perjumpaan dengan...
Georgetown, 27 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Lawatan tersebut dimulakan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Khaw Kok Chin seterusnya mengadakan perjumpaan dengan warga JSJN di kontinjen berkenaan. Selain itu, beliau turut mendengar taklimat daripada Ketua JSJN Kontinjen Pulau Pinang, ACP Mohd Shukhairi Abd Sabhe berkaitan prestasi JSJN Pulau Pinang dan trend dadah negeri tersebut.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia) Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad dan Timbalan Ketua JSJN Kontinjen Pulau Pinang, Superintendan Basarudin Md Rashid.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

































