Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Negeri Sembilan

Published: 19 Oct 2023 2.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 19 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:07 MYT
Seremban, 19 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman di lobi IPK Negeri Sembilan dan seterusnya mengadakan perjumpaan dengan warga JSJN di kontinjen berkenaan.

Dalam perjumpaan tersebut, beliau telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua JSJN kontinjen Negeri Sembilan, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkaitan prestasi JSJN dan trend dadah di negeri tersebut.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II JSJN Bukit Aman, ACP Raslan Yusof @ Mohamad dan Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia) JSJN Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad.

ArticlePublished 19 Oct 2023 2.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM