Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Koperal Polis Cedera Dilibas Kapak

Diterbitkan: 19 Oct 2023 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gerik, 19 Oktober 2023 - Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera akibat dilibas dengan kapak oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menyerangnya dan seorang lagi anggota di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-koperal-polis-cedera-dilibas-kapak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:02 MYT
Gerik, 19 Oktober 2023 - Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera akibat dilibas dengan kapak oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menyerangnya dan seorang lagi anggota di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Bersia di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin itu, anggota polis berkenaan cedera di bahagian bahu serta bengkak di kepala ketika bergelut untuk cuba menangkap suspek berusia 31 tahun.

Ketika kejadian, anggota terbabit sedang menjalankan operasi pembanterasan penagihan dan pengedaran dadah Op Tapis.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika Koperal polis itu bersama seorang Lans Koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik menjalankan operasi berkenaan sekitar 11.30 pagi.

Katanya, ketika tiba di lokasi mereka terserempak dengan suspek yang sedang menunggang motosikal Honda EX5.

“Suspek kemudiannya memberhentikan motosikalnya lantas memegang masing-masing sebilah parang dan kapak di kedua-dua belah tangannya.

“Suspek turun dari motosikal dan membuang parang ke tanah kemudiannya meluru ke arah anggota polis untuk menyerang mereka menggunakan kapak.

“Kedua-dua anggota polis terbabit cuba menangkap suspek yang bertindak sangat agresif sambil melibas kapak sebelum libasan terkena seorang anggota,” katanya dalam satu kenyataan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an illustration of text that says 'polis kawasan sawit anggota Koperal polis cedera dilibas kapak! de- penagihan tosikal Honda EX5. kaki suspek.
ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2023 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM