Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PREMIER SARAWAK

Diterbitkan: 19 Mar 2024 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-premier-sarawak-20240319
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:28 MYT
Kuching, 19 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu bagi memaklumkan keadaan kawalan pihak polis berkaitan isu dadah di negeri Sarawak, selain pengukuhan perjawatan bagi 13 daerah yang tiada elemen narkotik dan penubuhan Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) Sarawak di Tebedu.

Dalam pertemuan itu juga, Premier Sarawak bersetuju untuk membantu SNN Sarawak dengan menyumbangkan sebanyak empat buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) bagi kegunaan risikan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2024 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM