
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pjp Sabah
Kota Kinabalu, 14 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Po...
Kota Kinabalu, 14 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Mohd Zani Che Din, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.
Sumber: Polis Sabah