
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Selangor
Shah Alam, 10 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Poli...
Shah Alam, 10 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Kunjungan itu bersempena lawatan kerja rasmi beliau untuk bertemu warga kerja JSJN yang bertugas di kontinjen tersebut.
Hadir sama, Timbalan KP Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Penolong Pengarah Narkotik (Perundangan/Siasatan) JSJN Bukit Aman, ACP Chandra Segaran Subramaniam dan Ketua JSJN Selangor, ACP Ahmad Jefferi Abdullah.