Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP PERAK

Diterbitkan: 22 Jul 2026 2.18 AM Dikemas kini: 14 Sep 2026 2.54 PM
Ipoh, 22 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-kp-perak-20260722
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:45 MYT
 
Ipoh, 22 Julai 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.

Kunjungan beliau adalah bersempena lawatan kerja ke kontinjen tersebut, selain memberikan amanat khas kepada warga JSJN Kontinjen Perak yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis.

Dalam amanatnya, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen warga JSJN Kontinjen Perak serta menekankan kepentingan integriti, disiplin, budaya kerja berpasukan dan pemeliharaan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas.

Turut hadir, Timbalan KP Perak, DCP Mohammad Azlin Sadari, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi dan Ketua JSJN Kontinjen Perak, ACP Mohd Husni Manaf.

Sumber: Polis Perak

May be an image of text

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 22 Jul 2026 2.18 AMDikemas kini 14 Sep 2026 2.54 PM