
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Melaka
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamaruddin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk W...
Melaka, 23 Februari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamaruddin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Timbalan KP Melaka, SAC Md Nazri Zawawi dan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin.