Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Kp Kelantan

Diterbitkan: 13 Jun 2023 12.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 13 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-kp-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT
Kota Bharu, 13 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, hari ini.

Kunjungan itu bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke kontinjen tersebut bagi menyampaikan amanat kepada warga JSJN yang bertugas di negeri berkenaan.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Zon I) Bukit Aman, ACP Mohd Zaki Ashar, Ketua JSJN Kelantan, ACP Douglas Nyeging Taong dan Penolong Pengarah Narkotik (Urusetia) Bukit Aman, Superintendan Mohamed Salim Gulam Mohamad.


May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2023 12.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM