Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Terima Kunjungan Hormat Pihak Whoscall

Published: 16 Nov 2023 3.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 November 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Whoscall yang diwakili oleh Encik Liew Voon Chang, Cik Yong Woon Chin dan Cik Gladys Yew Lee May di pejabatnya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-terima-kunjungan-hormat-pihak-whoscall
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Whoscall yang diwakili oleh Encik Liew Voon Chang, Cik Yong Woon Chin dan Cik Gladys Yew Lee May di pejabatnya di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, di sini semalam.

Lawatan tersebut bertujuan membincangkan program-program usahasama pencegahan jenayah komersil yang bakal dilaksanakan bersama JSJK dan memberikan maklum balas berkenaan kerjasama itu sejak dilancarkan pada tahun 2022.

Pihak Whoscall turut memaklumkan akan membuat '1 million giveaway free subsribers' kepada pengguna untuk langganan selama 1 tahun.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Siasatan), JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), JSJK Bukit Aman, SAC Siti Dalila Mohd Yasin dan barisan Ketua Penolong Pengarah, JSJK Bukit Aman.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi Whoscall di Google Play Store atau Apps Store di telefon bimbit masing-masing bagi membantu pengguna mengenal pasti identiti pemanggil yang tidak dikenali.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people, the Oval Office, dais and text
ArticlePublished 16 Nov 2023 3.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM