Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Saksi Serah Terima Tugas Kp Kl Baharu

Published: 11 Aug 2025 8.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur (KL) antara Pemangku KP KL, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad dengan penyandang baharu, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus di Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-saksi-serah-terima-tugas-kp-kl-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:56 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur (KL) antara Pemangku KP KL, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad dengan penyandang baharu, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus di Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis kepada Dato’ Fadil oleh Dato' Rusdi sebelum acara menandatangani dokumen serah terima tugas.

Dato’ Fadil telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Kontinjen KL selaras dengan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.

Turut berlangsung majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen KL antara Datin Ain Robieah Shamshudin dengan pengerusi baharu, Datin Nurashidah Ishak yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Zuraini Abdul Razak.

Hadir sama, barisan ketua jabatan, ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP Kontinjen KL.

Sumber: Polis KL
ArticlePublished 11 Aug 2025 8.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM