Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Rasmi Trailer Filem Kesedaran Anti Scam Pertama Di Malaysia

Published: 12 Jul 2023 1.20 PM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Kempen Anti-Scam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) terus digiatkan pada tahun ini dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat Dream Film Sdn Bhd bagi penerbitan filem kesedaran anti-scam pertama di Malaysia bertajuk ‘OPPA’.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-rasmi-trailer-filem-kesedaran-anti-scam-pertama-di-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:22 MYT
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Kempen Anti-Scam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) terus digiatkan pada tahun ini dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat Dream Film Sdn Bhd bagi penerbitan filem kesedaran anti-scam pertama di Malaysia bertajuk ‘OPPA’.

"Trailer" filem 'OPPA' yang berkisarkan mengenai penipuan cinta dalam talian (love scam) telah dirasmikan oleh Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf di KL Wellness City Gallery Bukit Jalil petang tadi.

Filem berkenaan bukan sahaja mendedahkan mengenai modus operandi sindiket "love scam", malahan pelbagai taktik penipuan dalam talian lain bagi memperdaya mangsa. Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif PDRM dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Hadir sama tadi ialah Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Pengarah KL Wellness City, Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew, produser filem, Encik Aesos Lai, pengarah filem, Encik Denil Choong Lin Loong, barisan pelakon filem 'OPPA' dan para pegawai kanan polis.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil JSJK
ArticlePublished 12 Jul 2023 1.20 PMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM