
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Kementerian Dalam Negeri
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menghadiri Sesi Pertanyaan Jawab Lisan pada...
Kuala Lumpur, 29 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menghadiri Sesi Pertanyaan Jawab Lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Negara yang diajukan oleh Senator Dato’ Juhanis Abd Aziz, hari ini.
Sesi taklimat Pertanyaan Jawab Lisan telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tentang langkah pihak kerajaan bagi membanteras penipuan dalam talian dengan pelbagai modus operandi yang baharu dan semakin berleluasa.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSJK, ACP Marvin Tan Seng Kian dan para Pegawai Kanan JSJK Bukit Aman.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)