
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Sesi Libat Urus Antara Skmm Dan Tiktok
Sepang, 28 Ogos 2023 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini hadir ke sesi libat urus antara Suruhanjay...
Sepang, 28 Ogos 2023 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini hadir ke sesi libat urus antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak TikTok yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil di Pejabat SKMM, Cyberjaya, di sini.
Sesi pertemuan yang turut dihadiri oleh Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara , Datuk Manoj Kurup membincangkan mengenai kerjasama pihak TikTok dalam mengekang penularan kandungan yang melanggar undang-undang Malaysia khususnya berkaitan dengan isu 3R (Race, Religion & Royal).
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad.