Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Pahang

Diterbitkan: 30 Apr 2021 2.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 30 April 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-pahang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT
Kuantan, 30 April 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Kehadiran beliau yang disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri itu bertujuan memberikan amanat kepada pegawai kanan polis khususnya Pegawai Penyiasat berhubung prosedur siasatan selain mengingatkan mereka agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh berintegriti.

Selain itu, beliau turut menekankan kepada Pegawai Penyiasat Kanan agar menyelia dan memantau kertas siasatan yang dibuka bagi mencapai tahap siasatan yang berkualiti sekali gus dapat meningkatkan prestasi JSJK IPK Pahang.

Turut hadir, barisan ketua jabatan dan para pegawai kanan IPK Pahang.


May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'POLIS DAN ASYARAKAT, BERPI AH TIADA'
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2021 2.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM