
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kerja Ke Esscom
Lahad Datu, 20 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Eastern Saba...
Lahad Datu, 20 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), di sini, petang tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Komander Eastern Command, DCP Datuk Victor Sanjos bersama timbalannya, Brigedier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden, barisan Ketua Staff ESSCOM dan para pegawai kanan JSJK.
Sumber: Eastern Sabah Security Command