Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kebajikan Ke Batalion 3 Pga

Published: 10 Dec 2020 8.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bidor, 10 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Zainuddin Yaacob bersama isteri, Datin Norrizah Nordin berbesar hati mengadakan lawatan kebajikan ke Batalion 3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-adakan-lawatan-kebajikan-ke-batalion-3-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:11 MYT
Bidor, 10 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Zainuddin Yaacob bersama isteri, Datin Norrizah Nordin berbesar hati mengadakan lawatan kebajikan ke Batalion 3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini semalam.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid dan isteri, Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab.
Lawatan tersebut juga bertujuan memberi sumbangan kepada Sarjan Norihan Tari dan Puan Relow Ko, balu mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang meninggal dunia akibat terkena tembakan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.

Hadir sama, Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) JSJK Bukit Aman, SAC Tuan Mohamad Usuf Jan Mohamad, barisan ketua jabatan dan para pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Semoga bantuan yang dihulur dapat meringankan beban kedua-dua keluarga tersebut kerana sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh mendiang Sarjan Baharuddin dan Sarjan Norihan benar-benar menjadi pembakar semangat buat semua warga Polis Diraja Malaysia.


Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kebajikan Ke Batalion 3 Pga

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kebajikan Ke Batalion 3 Pga

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Lawatan Kebajikan Ke Batalion 3 Pga
ArticlePublished 10 Dec 2020 8.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM