
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pesuruhjaya Polis Sabah
Kota Kinabalu, 1 Julai 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuru...
Kota Kinabalu, 1 Julai 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut adalah bersempena lawatan kerja beliau ke negeri berkenaan selain menyampaikan amanat kepada warga JSJK Kontinjen Sabah ketika sesi ramah mesra bersama mereka.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samad, Ketua Urusetia/Perundangan JSJK Bukit Aman, ACP Marvin Tang Seng Kian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Superintendan Moses Govindarajoo Govindarajoo dan para pegawai kanan.
Sumber: Polis Sabah