Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Menteri Besar Selangor Adakan Lawatan Kerja Ke Briged Tengah Pga

Diterbitkan: 01 Jul 2022 12.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Julai 2022 - Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari hari ini mengadakan lawatan kerjanya ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-menteri-besar-selangor-adakan-lawatan-kerja-ke-briged-tengah-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2022 - Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari hari ini mengadakan lawatan kerjanya ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, di sini.
 
Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam bersama Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit.
Majlis dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan anggota dari Briged Tengah PGA Polis Diraja Malaysia sebelum dibawa ke bilik mesyuarat bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor Bilangan 5/2022.

Dalam pada itu, beliau turut mendengar Taklimat Keselamatan Perbincangan Status Pemilikan Tanah Bagi Menempatkan Tapak Pos PGA di kawasan Selangor yang disampaikan oleh SAC Zulkifli dan Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed.

Pada sebelah petangnya, bertempat di Kompleks Lapang Sasar Briged Tengah PGA turut diadakan Acara Menembak Sempena Program Jalinan Strategik Ahli Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor antara kepimpinan tertinggi pentadbiran Selangor dan agensi keselamatan negara yang bertujuan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah selain menguji tahap kemahiran para peserta meraih kemenangan dalam pertandingan.

Turut hadir sepanjang program berlangsung adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Hj. Haris Kasim, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, ACP Chew Tham Soon, wakil-wakil agensi dan jabatan keselamatan negeri Selangor.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'ZULKIFLI POLIS POLIS Selamat Datan DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHAR 'TO' MENTER

May be an image of 12 people, people standing, outdoors and text that says 'PERBARISAN SEMPENA LAWATAN KERJA YAB DATO' SERI AMIR BIN SHARI DATO'

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 12 people and indoor

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says '2 UTAMAKAN KESELAMATAN り'

May be an image of 12 people, people sitting and people standing

No photo description available.

May be an image of 8 people, outdoors and text that says '1 2 3 UTAMAKAN KESELAMATAN 5' May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 3 people and outdoors

ArtikelDiterbitkan 01 Jul 2022 12.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM