
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsj Tinjau Pengoperasian Unit Anjing Pengesan Jsj
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu mengadakan tinjauan ke Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6) JSJ Buki...
Kuala Lumpur, 23 November 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu mengadakan tinjauan ke Unit Anjing Pengesan (K9), Bahagian Bantuan Teknik (D6) JSJ Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini kelmarin.
Lawatan tersebut bagi melihat pengoperasian, kesiapsiagaan dan permasalahan yang dihadapi oleh unit tersebut dalam mendepani cabaran tugas yang semakin kompleks.
Datuk M. Kumar turut meninjau kemudahan dan fasilti di Unit K9 bagi memastikan ia lengkap serta bersesuaian dengan keperluan penugasan harian.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Karman, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris dan Ketua Penolong Pengarah D6, JSJ Bukit Aman, SAC Zuraimi Zam Zam.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah









