
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Dan Bahagian Perlindungan Jpm Perkukuh Kerjasama Perkasa Keselamatan Negara
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)...
Kuala Lumpur, 23 November 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Encik Khairul Anwar Zakaria @ Abdul Hamid di Bilik Mesyuarat Persada, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini kelmarin.
Pertemuan tersebut menfokuskan usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara PDRM dan Bahagian Perlindungan JPM, khususnya dalam aspek keselamatan, perlindungan eksekutif serta tadbir urus perkhidmatan dalam memperkasakan keselamatan negara.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Datuk Md Nazri Zawawi dan para pegawai kanan polis.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM