
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Saksi Serah Terima Tugas Kp Johor
Johor Bahru, 2 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis (KP)...
Johor Bahru, 2 Januari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan menjadi saksi serah terima tugas jawatan Ketua Polis (KP) Johor di antara CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay dengan pemangku merangkap Timbalannya, DCP Dato' Khaw Kok Chin di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Turut berlangsung, penyerahan tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor oleh SAC Datin Zaleha Mohd Ariffin kepada Pemangku Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Puan Sharifah Mazni Syed Kassim dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JSJ Bukit Aman, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah.
Turut hadir adalah para pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam, ahli PERKEP negeri dan pihak media.
Sumber: Polis Johor































