Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsj Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur Dan Pengerusi Perkep Kontinjen

Diterbitkan: 15 May 2023 12.43 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di antara pemangkunya, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor dengan CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain bertempat di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-saksi-serah-terima-tugas-ketua-polis-kuala-lumpur-dan-pengerusi-perkep-kontinjen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:55 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di antara pemangkunya, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor dengan CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain bertempat di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini.

Dato' Mohd Shuhaily secara rasminya menyandang jawatan Ketua Polis KL berkuatkuasa hari ini setelah dipangku oleh Datuk Abu Samah sejak 8 Mei lalu.
Dalam majlis sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), JSJ, Datin Seri Zalena Mohd Ariffin turut menjadi saksi serah terima tugas Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di antara penyandangnya, Datin Nurhaidah Jamil kepada suri Dato' Mohd Shuhaily iaitu Datin Ennie Salina Roseli.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Hj. Habibi Hj. Majinji, barisan ketua jabatan, ketua polis daerah, warga kerja dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur.

Sumber: Polis KL

ArtikelDiterbitkan 15 May 2023 12.43 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM