
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Pengerusikan Mesyuarat Khas Kesiapsiagaan Jsj Hadapi Prn Johor 2026
Dalam lawatan tersebut, Datuk M. Kumar turut mengadakan tinjauan ke Bilik Gerakan JSJ Johor bagi meneliti tahap kesiapsiagaan warga kerja, penyelarasan operasi...
Johor Bahru, 18 Jun 2026 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Kesiapsiagaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor sebagai langkah persediaan awal dan penyelarasan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026, di sini, hari ini.
Beliau yang hadir bersama delegasi JSJ Bukit Aman telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol.
Dalam lawatan tersebut, Datuk M. Kumar turut mengadakan tinjauan ke Bilik Gerakan JSJ Johor bagi meneliti tahap kesiapsiagaan warga kerja, penyelarasan operasi, pengurusan sumber manusia serta persiapan logistik yang telah dirancang bagi memastikan setiap tindakan dan penugasan dapat dilaksanakan secara berkesan sepanjang tempoh PRN berlangsung.
Beliau turut menyampaikan amanat kepada warga JSJ Johor dengan menekankan kepentingan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi serta melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan profesionalisme demi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara sepanjang proses demokrasi berlangsung.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7), JSJ Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman, SAC Junainah M. Kasbolah dan warga kerja JSJ Kontinjen Johor.