
Artikel
Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Ramah Mesra Timbalan Mdn Bersama Warga Pdrm Dan Pesara Polis Johor
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad bersama barisan kepimpinan PDRM Kontinjen Johor. Tan Sri Dato’ Seri Hj. M...
Johor Bahru, 18 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN) Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Polis Johor yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad bersama barisan kepimpinan PDRM Kontinjen Johor. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berkesempatan beramah mesra bersama warga PDRM dan para pesara polis sebelum ketibaan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.
Majlis tersebut diadakan sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim antara kepimpinan Kementerian Dalam Negeri, PDRM serta warga kerja di lapangan dan para pesara polis.
Program tersebut turut menjadi wadah bertukar pandangan selain memberi penekanan terhadap aspek kebajikan pasca perkhidmatan bagi memastikan golongan pesara terus dihargai, diberi perhatian dan sentiasa terbela.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, SAC Alina Saad, barisan ketua jabatan Kontinjen Johor, ketua-ketua polis daerah dan formasi.
Sumber: Polis Johor