Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsj Lakukan Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat

Published: 23 Sep 2025 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat yang diwakili oleh Deputy Chief of Mission, Mr. David “Chip” Gamble, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-lakukan-kunjungan-hormat-ke-kedutaan-besar-amerika-syarikat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:18 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Amerika Syarikat yang diwakili oleh Deputy Chief of Mission, Mr. David “Chip” Gamble, semalam.

Pertemuan yang diadakan memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menzahirkan komitmen memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan, khususnya dalam menangani jenayah rentas sempadan.
Antara yang diberikan perhatian termasuk cabaran baharu jenayah transnasional, pengukuhan aspek perundangan serta pelaksanaan penguatkuasaan bersama.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mohamad Zainal Haji Abdullah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Sukri Kaman dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan.




ArticlePublished 23 Sep 2025 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM