Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Tumpaskan Markas Sindiket Tipu Dalam Talian Di Kediaman Mewah

Diterbitkan: 23 Sep 2025 2.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan residensi mewah di sekitar KLCC sebagai pusat panggilan dan tempat tinggal ahli sindiket.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-berjaya-tumpaskan-markas-sindiket-tipu-dalam-talian-di-kediaman-mewah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:44 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang menjadikan residensi mewah di sekitar KLCC sebagai pusat panggilan dan tempat tinggal ahli sindiket.

Kedua-dua sindiket ini didapati menyasarkan mangsa penipuan mereka yang berada di China dan Jepun, sejak awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata serbuan pertama pada 18 September lalu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Dang Wangi berdasarkan maklumat dan risikan.

“Hasil serbuan di dua unit kediaman di Binjai Residensi, polis menahan 13 warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 18 hingga 45 tahun kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan dalam talian.

“Pemeriksaan ke atas peranti yang ditemui di lokasi serbuan menunjukkan wujudnya unsur penipuan dalam talian dan platform palsu untuk menyasarkan mangsa di China.

“Turut dirampas adalah beberapa unit komputer riba, telefon bimbit, modem router dan kad akses. Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'Residensi mewah markas sindiket tipu dalam talian Dua kumpulan sasar mangsa di China, Jepun sejak awal bula
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2025 2.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM