
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Ketuai Delegasi Hadir Forensics Capability Study Tour To Australia
Canberra, 7 Ogos 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengetuai delegasi JSJ hadir ke Kompleks Forensik Austral...
Canberra, 7 Ogos 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengetuai delegasi JSJ hadir ke Kompleks Forensik Australian Federal Police (AFP) sempena “Forensics Capability Study Tour To Australia” di sini, semalam.
Taklimat seterusnya disampaikan oleh Ketua Saintis Forensik AFP, Dr. Kylie Jones bersama Komander Forensik AFP, Joanne Cameron yang merangkumi informasi berkaitan bangunan makmal forensik, proses penerimaan, penganalisaan dan simpanan barang kes, selain sesi latihan dan demonstrasi letupan termasuk peralatan yang digunakan untuk membuat bahan letupan.
Seusai taklimat, Dato’ Sri Mohd Shuhaily telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Deputy Commissioner, Lesa Gale di Ibu Pejabat AFP Canberra bagi membincangkan isu mengenai perubahan dan cabaran trend jenayah terkini yang telah berimigrasi kepada platform siber.
Hadir bersama, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman, ACP Mohd Fazley Ab Rahman dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM