Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsj Iftar Bersama Asnaf Di Ipd Ampang Jaya

Published: 14 Apr 2023 8.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ampang, 14 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan semalam bersama-sama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan menyantuni golongan asnaf di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-iftar-bersama-asnaf-di-ipd-ampang-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:54 MYT
Ampang, 14 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan semalam bersama-sama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan menyantuni golongan asnaf di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Majlis Iftar Ihya' Ramadhan anjuran bersama beberapa buah IPD dalam Kontinjen Selangor itu meraikan anak-anak yatim, anak istimewa dan ibu tunggal dengan pemberian sumbangan kebajikan sebagai persediaan menyambut hari lebaran yang bakal tiba.

Turut berlangsung ialah bacaan tahlil diikuti solat fardhu Maghrib dan Isyak serta sunat tarawih secara berjemaah bersama warga Polis Selangor.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Datin Liliyana Haryanti, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ketua-ketua polis daerah dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Selangor.

Sumber: Polis Selangor

ArticlePublished 14 Apr 2023 8.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM