
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Iftar Bersama Asnaf Di Ipd Ampang Jaya
Ampang, 14 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan semalam bersama-sama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar...
Ampang, 14 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan semalam bersama-sama Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan menyantuni golongan asnaf di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Turut berlangsung ialah bacaan tahlil diikuti solat fardhu Maghrib dan Isyak serta sunat tarawih secara berjemaah bersama warga Polis Selangor.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah, Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Datin Liliyana Haryanti, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ketua-ketua polis daerah dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Selangor.
Sumber: Polis Selangor