Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Barat Daya

Diterbitkan: 09 Mar 2023 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah telah disambut oleh Ketua JSJ Kontinjen Pulau Pinang, SAC Rahimi Ra’ais bersama Ketua Polis Daerah (KPD) Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-barat-daya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT
Balik Pulau, 8 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah telah disambut oleh Ketua JSJ Kontinjen Pulau Pinang, SAC Rahimi Ra’ais bersama Ketua Polis Daerah (KPD) Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

Lawatan tersebut bertujuan menyatuni warga kerja IPD Barat Daya di samping menyampaikan amanat kepada mereka agar sentiasa komited serta berintegriti ketika melaksanakan tugas sekali gus mewujudkan imej positif Pasukan kepada masyarakat.

Dalam lawatan tersebut, Dato' Sri Abd Jalil turut dibawa melawat ke kediaman rasmi Timbalan KPD Barat Daya bagi mengimbau kembali kenangan beliau semasa memegang jawatan sebagai Timbalan KPD dan menetap di situ suatu ketika dahulu.

Kemuncak majlis diadakan acara menanam pokok jenis Mas Cotek dan Rosemary sebagai simbolik lawatan beliau.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.


May be an image of 1 person

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting and text that says 'CP DATO' SRI ABD JALIL P.J.N, S.S.A.P, D.M.S.M, D S.M.S, S.A.P,P P.J.K, P.P.A'

May be an image of 2 people and people standing

ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2023 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM