
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Barat Daya
Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah telah disambut oleh Ketua JSJ...
Balik Pulau, 8 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, di sini, pagi tadi.
Lawatan tersebut bertujuan menyatuni warga kerja IPD Barat Daya di samping menyampaikan amanat kepada mereka agar sentiasa komited serta berintegriti ketika melaksanakan tugas sekali gus mewujudkan imej positif Pasukan kepada masyarakat.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Sri Abd Jalil turut dibawa melawat ke kediaman rasmi Timbalan KPD Barat Daya bagi mengimbau kembali kenangan beliau semasa memegang jawatan sebagai Timbalan KPD dan menetap di situ suatu ketika dahulu.
Kemuncak majlis diadakan acara menanam pokok jenis Mas Cotek dan Rosemary sebagai simbolik lawatan beliau.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa dan para pegawai kanan JSJ Bukit Aman.
Sumber: PDRM Pulau Pinang