Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi Mcmc

Published: 03 Apr 2023 2.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-pengerusi-mcmc
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:59 MYT
Sepang, 3 April 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abdul Jalil Hassan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, di pejabatnya, dekat Cyberjaya.

Dalam kunjungan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya mengenai keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan Race, Religion, Royalty (3R).
Pertemuan tersebut juga telah bersetuju untuk menempatkan dua Pegawai Kanan JSJ Bukit Aman di MCMC bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

May be an image of 4 people, people standing and indoor

ArticlePublished 03 Apr 2023 2.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM