Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Sempurnakan Istiadat Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Inspektor Kor Suksis

Diterbitkan: 17 Mar 2022 1.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-sempurnakan-istiadat-tamat-latihan-dan-penyampaian-sijil-inspektor-kor-suksis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT
Batu Pahat, 17 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail hari ini menyempurnakan Istiadat Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tahun 2021.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM itu menyaksikan seramai 71 pelatih dari kedua-dua universiti berkenaan berjaya menamatkan latihan dan layak menerima Sijil Inspektor Kor SUKSIS.

Turut hadir dalam program anjuran Kor SUKSIS UTHM dengan kerjasama Kor SUKSIS UTM dan Polis Diraja Malaysia tersebut ialah Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Profesor Dr. Shamsul Sahibuddin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM, Profesor Madya Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Hj. Ismail.

Sumber: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM

ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2022 1.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM