
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Santuni Masyarakat Setempat Tanjung Batu Tawau
Tawau, 27 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyantuni masyarakat menerusi P...
Tawau, 27 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyantuni masyarakat menerusi Program Perjumpaan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Tanjung Batu, Tawau, Sabah, baru-baru ini.
Perjumpaan dan sesi dialog yang diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat selain mendidik mereka supaya memainkan peranan dalam membanteras jenayah di samping menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah merangkap Ahli Parlimen P.191 Kalabakan, Datuk Andy Muhammad Suryady Hj. Bandi, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, ahli Skim Rondaan Sukarelawan dan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Tanjung Batu.
Sumber: Polis Daerah Tawau