Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Santuni Masyarakat Setempat Tanjung Batu Tawau

Diterbitkan: 27 May 2024 6.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Tawau, 27 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyantuni masyarakat menerusi Program Perjumpaan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Tanjung Batu, Tawau, Sabah, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-santuni-masyarakat-setempat-tanjung-batu-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
Tawau, 27 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyantuni masyarakat menerusi Program Perjumpaan Bersama Masyarakat Setempat di Kampung Tanjung Batu, Tawau, Sabah, baru-baru ini.

Program anjuran JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau itu turut disertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan Ketua JPJKK Kontinjen Sabah, SAC Mohd Azhar Hamin.
Perjumpaan dan sesi dialog yang diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat selain mendidik mereka supaya memainkan peranan dalam membanteras jenayah di samping menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah merangkap Ahli Parlimen P.191 Kalabakan, Datuk Andy Muhammad Suryady Hj. Bandi, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, ahli Skim Rondaan Sukarelawan dan Komuniti Rukun Tetangga Kampung Tanjung Batu.

Sumber: Polis Daerah Tawau

ArtikelDiterbitkan 27 May 2024 6.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM