Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Perbarisan Tamat Latihan Plak Konstabel Lelaki Di Pulapol Bukit Sentosa

Diterbitkan: 19 Mar 2023 7.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Rawang, 19 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) bagi Konstabel Lelaki Siri 8/2022 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmi-perbarisan-tamat-latihan-plak-konstabel-lelaki-di-pulapol-bukit-sentosa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:18 MYT
Rawang, 19 Mac 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) bagi Konstabel Lelaki Siri 8/2022 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, di sini semalam.

Seramai 296 pelatih konstabel telah berjaya menamatkan program mereka yang meliputi latihan jasmani, akademik, kerohanian dan lain-lain.

Majlis yang disambut dengan penuh adat kepolisan itu menjadi lebih bermakna buat Konstabel Mohd Fakhrul Arif Ishak apabila diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, manakala Konstabel Mohammad Azarul Iman Abdullah dan Konstabel Muhammad Nor Ikhwan Shaffiq Nor Azman masing-masing dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik serta Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman yang memangku tugas Pengarah Pengurusan, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Superintendan Noor Azlan Mohd Noor, barisan Komandan-komandan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia, para pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga pelatih.

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2023 7.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM