
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Perbarisan Tamat Latihan Kor Suksis
Kuala Nerus, 10 September 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Ta...
Kuala Nerus, 10 September 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam Kali Ke-19 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, semalam.
Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Sri Aidi berharap agar segala ilmu dan latihan yang diberikan dapat membentuk jati diri graduan dengan memiliki kemahiran insaniah yang tinggi serta menjadi pemimpin yang berkaliber.
Beliau juga berharap pegawai-pegawai Kor SUKSIS dapat menceburkan diri dalam dunia kepolisan dengan memohon sebagai pegawai polis kelak.
Sumber: Universiti Sultan Zainal Abidin