Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Penutupan Kejohanan Bina Badan Mr Police Mr Pahang 2024 20jun2024

Published: 30 Jun 2024 2.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 30 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke Majlis Penutupan Kejohanan Bina Badan Mr. Police & Mr. Pahang 2024, di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, Pahang, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmi-penutupan-kejohanan-bina-badan-mr-police-mr-pahang-2024-20jun2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Kuantan, 30 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke Majlis Penutupan Kejohanan Bina Badan Mr. Police & Mr. Pahang 2024, di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, Pahang, di sini, semalam.

Kejohanan yang disertai oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan melibatkan 174 penyertaan.
Dalam pertandingan yang diadakan, Lans Koperal Ariff Amiruddin Azmi dari Pusat Latihan Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Champion of The Champion Bina Badan manakala Lans Koperal Mohd Faizal Mat Rashid dari Kontinjen Sarawak berjaya bergelar Champion of The Champion Physique.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, SAC Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, merangkap Pengelola Bina Badan PDRM, SAC Rosman Omar dan barisan Ketua Jabatan Kontinjen Pahang.

ArticlePublished 30 Jun 2024 2.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM