Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Infobersama Keratan Akhbar Pilihan Pemandu Warga Emas Berisiko Tingkat Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: 01 Jul 2024 1.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
la hasil kajian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jun tahun lalu yang turut mendedahkan, majoriti pemandu lanjut usia didapati memandu berseorangan dengan kekerapan sekurang-kurangnya satu hingga dua kali seminggu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infobersama-keratan-akhbar-pilihan-pemandu-warga-emas-berisiko-tingkat-kemalangan-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2024 - Kira-kira 30 peratus warga emas berusia 60 tahun ke atas dikesan masih memandu secara aktif, terutama di luar bandar sehingga berpotensi meningkatkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

la hasil kajian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jun tahun lalu yang turut mendedahkan, majoriti pemandu lanjut usia didapati memandu berseorangan dengan kekerapan sekurang-kurangnya satu hingga dua kali seminggu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Madya Dr. Law Teik Hua berkata, dalam keadaan usia yang semakin meningkat, risiko mereka menjadi mangsa atau punca kemalangan adalah lebih tinggi.

“Berdasarkan kajian kami yang tertumpu di Semenanjung Malaysia dengan menemu bual responden di pekan kecil dan bandar menunjukkan banyak kes kemalangan berlaku di luar bandar.

“Di bandar, kemalangan mungkin kurang sedikit mengambil kira jumlah (warga emas) yang memandu sendiri agak kurang, kecuali di lokaliti tertentu, misalnya di Kampung Pandan dan Cheras yang segelintir lagi masih memandu.

“Biasanya warga emas di bandar besar tidak memandu kerana ada anak tinggal bersama atau berdekatan, selain pilihan menggunakan pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailing,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

May be an image of 1 person, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 01 Jul 2024 1.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM