Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 3 2023

Diterbitkan: 02 Dec 2023 7.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Pulapol Kuching Official
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmi-majlis-perbarisan-tamat-latihan-program-kapb-siri-3-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 3 2023
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 3 2023
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 3 2023

Sumber: Pulapol Kuching Official
Kuching, 2 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 3/2023 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, di sini, semalam.

Kursus yang bermula pada 30 September lalu dijalankan selama sembilan minggu dengan disertai seramai 452 pelatih.

Dalam majlis yang sama, Dato' Sri Aidi turut menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Keseluruhan, Terbaik Akademik dan Terbaik Latihan Luar Lelaki serta Wanita kepada para pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh kursus asas tersebut.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Komandan PULAPOL Kuching, SAC Zulfikar Mohd Ghazali, para pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga pelatih.

ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2023 7.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM