Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prk Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3r Timbalan Kpn

Diterbitkan: 02 Dec 2023 10.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Berita Harian
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prk-polis-buka-kertas-siasatan-terhadap-muhyiddin-isu-3r-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
Artikel Pilihan Prk Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3r Timbalan Kpn
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Prk Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3r Timbalan Kpn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Prk Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3r Timbalan Kpn

Sumber: Berita Harian
Chukai, 2 Disember 2023 - Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, di sini hari ini, beliau berkata, siasatan itu dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di sebuah balai polis di sini, Jumaat lalu.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU pada satu ceramah perdana di sini, antara lain didakwa mengeluarkan 'fatwa' harus untuk ahli UMNO meninggalkan parti itu dan mereka yang berbuat demikian boleh mendapat ganjaran pahala hijrah seperti zaman Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Dato' Sri Ayob Khan turut mengingatkan semua penyokong parti tidak mengadakan sebarang perhimpunan ataupun perarakan pasca pilihan raya supaya tidak menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

"Polis akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa pasca pilihan raya nanti," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../prk-kemaman-polis-buka...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Prk Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3r Timbalan Kpn
ArtikelDiterbitkan 02 Dec 2023 10.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM