
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kapb Siri 3 2023
Sumber: Pulapol Kuching Official
Kuching, 2 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail merasmikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 3/2023 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, di sini, semalam.
Dalam majlis yang sama, Dato' Sri Aidi turut menyampaikan Sijil Anugerah Terbaik Keseluruhan, Terbaik Akademik dan Terbaik Latihan Luar Lelaki serta Wanita kepada para pelatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh kursus asas tersebut.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Komandan PULAPOL Kuching, SAC Zulfikar Mohd Ghazali, para pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga pelatih.