Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Hadiri Nice 2026 Perkasa Agenda Inovasi Negara
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Noor Hisam Nordin menghadiri Majlis Perasmian Natio...
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Noor Hisam Nordin menghadiri Majlis Perasmian National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu menjadi wadah menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperkukuh ekosistem inovasi, penyelidikan dan pengkomersialan negara, selain membuka ruang perkongsian idea serta penerokaan teknologi yang inovatif.
Kehadiran Dato’ Noor Hisam mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam menyokong agenda inovasi negara, di samping meneroka teknologi baharu bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan demi manfaat masyarakat dan negara.