
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Bersahur Bersama Frontliners Mpv Dan Urb
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail meluangkan masa bersahur bersama para pegawai dan anggota Unit Keret...
Shah Alam, 24 April 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail meluangkan masa bersahur bersama para pegawai dan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini pagi semalam.
Dato' Aidi turut menyantuni para petugas dengan menyampaikan sedikit sumbangan sebagai menghargai komitmen tugas yang dilaksanakan oleh mereka.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Penolong Pengarah (Operasi Darat) JPJKK Bukit Aman, SAC Jamel Salleh, wakil Spanco Sdn. Bhd. dan para pegawai serta anggota polis.
Sumber: JPJKK PDRM
.

.