
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Pulau Pinang
Butterworth, 7 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat...
Butterworth, 7 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pualu Pinang, di sini, semalam.
Beliau telah diberi taklimat berkaitan usaha dan program pencegahan jenayah oleh Ketua JPJKK Pulau Pinang, SAC Puspanathan Wiresingam di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Pulau Pinang.
Seusai majlis tersebut, beliau bersama para pegawai kanan berkesempatan mengadakan Program "Community Policing" bersama warga penduduk di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad.
Sumber: PDRM Pulau Pinang