Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Perlis

Diterbitkan: 01 Mar 2024 1.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-ipk-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:29 MYT
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, pagi tadi.

Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Perasmian Majlis Penutup Bengkel Pecambahan Minda AMANITA Se-Malaysia 2024 yang berlangsung selama tiga hari di kontinjen tersebut.

Datuk Wan Hassan juga turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK Kontinjen Perlis.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, ACP Wari Kiew.

Sumber: Polis Perlis

ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2024 1.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM