
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Perlis
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen...
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Mesyuarat Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) bersama Ketua Penolong Pengarah serta Ketua JLog Kontinjen Bilangan 1/2024.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) JLog Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) JLog Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) JLog Bukit Aman, SAC Muhammad Hanif Othman.